Week 1 : Introduction to digitalisasi

Disclaimer: No copy-paste or rephrasing allowed. This blog is fully self-written with effort. Please respect the author's work :)

____________________________________________________________________


Hyee semuaa... welcome to my humble blog...! hihi...



So this is my very first ever buat blog ya.. Mari kita bermuqaddimah dulu, so my name is Noor Baiti Aiman and I live in Rawang, Selangor. Cita-cita saya nak bekerja dalam hospital, (nak jadi Dr tapi tak berapa nak pandai) tapi dah termasuk dalam course masak-masak, jadi kita redah jela ya haha... Lahir Kelantan, tapi lahir jela, lepastu terus balik Rawang and membesar sampai la harini... 

Weh actually aku memang minat gila ya rant or menulis macamni, even I have my own diary since sekolah rendah lagi HAHAHA.. now bila dah besar, takde masa dah nak menulis so I use aplikasi 'Notes' dalam Iphone untuk tulis or luah apa apa je... So, bila Dr Fareed suruh kitorang tulis dalam Blog kitorang sendiri, I was so so excited yee sebenarnyaa... Best kott menulis macamni!

Dah lama tertanya macammana lah nak buat blog sendiri? ingatkan susah sangat, lah mudah je rupanya korang TT... Thankyou to Dr Fareed sebab finally I know how to buat blog sendiri HAAHAHHA..


Back to our business. 


So, Dr Fareed has assigned us to menulis blog pada setiap minggu, and we need to tulis regarding our class la.. Jadi marilah kita start...


Khamis, 20 March 2025


It's 5.30am in the morning, bersahur macam biasa.. harini makan nasi, ayam masak kicap, teh tarik dan cucur malas (orang Kelate mesti tau) ..  harini mengantuk sangat ya.. Kelas Dr Fareed pukul 8.30 pagi, ah takpela bedal tidur la kejap lepas subuh.. 


Kringg.. kringg...


Alarmku yang memutarkan sound Opening bermain di telinga, 

8.35am


Eh, aku terbabas 5 minit! alarm aku matikan, aku terus menggapai telefon pintarku .. (eh apesal cara aku tulis macam novel ni HAHHHAHAH) maaf saya tak pandai tulis blog, tak tau format dia macammana :P

Aku tengok telefon, eh,  Alia dan Anis gelabah mesej dan memanggilku didalam group whatsapp, 


"Baiti, bangun cepat Dr Fareed panggil nama kau"


Perghhh, aku yang masih mamai lagi terus tekan link google meet yang Dr dah bagi beberapa hari lepas dan menggapai tudung sarung yang tersangkut di tepi katil .. sejurus lepas aku masuk, aku tengok ramai yang bukak kamera, dan time tu salah seorang classmates aku sedang diinterview oleh Dr


Dr: apa nama awak?
Alia: Alia Nadirah, Dr

Dr: nak panggil apa ni?

Alia: Alia Dr

Dr: Ha? Aya? Ayya? (dan dr terus membuat lawak jenaka) 

Keadaan sangat gamat ye behind the screen, aku rasa lawak gila and kami ketawa la sebab kelakar sangat HAHAA alia pun malu malu je time tu...

Sekali Dr tanya

"Ha, what's your expectation for this class?"

OMGGG... ok aku terus berdebar gila ye, sebab aku mcm takut lepasni Dr panggil nama aku ke apa, and aku tak bersedia langsung nak jawab soalan tu...

Weh berdebar sangat, takutnya dr panggil nama aku lepasni, aku terus menekan applikasi Chatgpt lalu aku meminta ia memberikan aku idea untuk jawab apa nantii...

lalu, berderet lah jawapan chatgpt yang sudi membantuku itu... terus aku lega dan ambil beberapa sampel jawapan dan aku bersedia jela kalau kalau Dr panggil nama aku lepasni... 


Tunggu punya tunggu sehingga semua nama dipanggil, laa rupanya Dr tak panggil dah haha.. nak tawarkan diri, malu.. jadi kita diam jela..

At first kan, aku expect digitalisasi ni pakai computer, yg susah betul kena coding bagai, tapi bila tengok course outline, ouh takde kaitan dengan komputer sangat pun, dia more to macam macam skills digital ye.. and for me macam menarik... 

siap dapat sijil dari Google? perghh bila lagi nak dapat.. 

ok berbalik kepada course outline Dr tadi, what I can say is, omg banyak nya kerja kena buat,,, mampu tak aku nak carry nanti... tapi takpe, insyaallah boleh... 

Actually aku tak berapa fokus sangat bab yang lain sebab semua terms agak unfamiliar dan tak faham sangat huhu.. tapi tadi kitorang berebut group for the group assignment nanti, and Dr juga ada bagi tugas yang kena siapkan before next class, Dr jugak ada cerita pasal The world is flat... 

Last but not least, aku rasa tak sabar nak belajar dngan Dr Fareed along the semester, because I know it will be fun and tak bosan, even tadi mak aku pun dengar sekali kelas sebab mak aku kata cara lecturer aku sampaikan lecture tadi menarik perhatian and best... 

Ok itu sahaja dari saya, maaf kalau coretan saya panjang sangat dan grammar berterabur, jumpa di next post nanti byebyee... 


Dr tunjuk contoh blog yang dr pernah buat sendiri ketika dahulu


Senior blog lagi, srs nampak menarik ya blog senior kita ni.. 


Updated ...

Baru siap and submit task first SCL , and omg susah nya Dr 😭😭😭 

Sebab apa :
- the pdf punya bahasa is very canggih and kena baca berkali kali untuk faham, level english saya macam tak sampai level tu lagi
- summary kena buat at least 500 weh 😰 little that I bersyukur sebab tak buat kerja ni last minute,  kalau tak mesti lagi berkabus kepala nak fikir dan baca... 

okie itu sahaja daripada saya... 




Comments

Popular posts from this blog

Week 5 - Online Class dibilik bersama my fwennss...

Week 6 : Online class sebab Dr Fareed has a bad day today :(

Week 7 : Kelas Ganti Dua Malam Berturut-turut